REKA BENTUK PENGAJARAN MENGGUNAKAN MODEL ASSURE π
SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BERMULA.
π SET INDUKSI ππ
Bahan video set induksi ini adalah mengenai kisah suasana pada malam lailatul qadar.
Melaluinya, murid dapat mengembalikan pengalaman sedia ada murid di samping memberi pengetahuan awal tentang topik yang akan dipelajari. Murid juga akan bertambah semangat dan minat untuk
belajar.
π LANGKAH PERTAMA: VIDEO KEFAHAMAN SURAH AL-QADR π
Video
ini berkisar Surah Al-Qadr di mana murid
dapat mengingati semula lima ayat dalam Surah Al-Qadr serta menghayati erti atau
maksud setiap ayat. Murid juga dapat mengetahui pengenalan, intisari dan
pengajaran daripada surah Al-Qadr ini.
π LANGKAH KEDUA: SLAID KEFAHAMAN SURAH AL-QADR π»π»
Murid didedahkan dengan
penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat masa kini. Semasa murid belajar berpandukan slaid ini, mereka diberi peluang untuk
memberikan idea dan sumbangsaran berkaitan intisari dan pengajaran dalam Surah Al-Qadr.
Perkara ini akan merangsang kemahiran berfikir dan imaginasi murid-murid.
π LANGKAH KETIGA: KERJA BERKUMPULAN π¬π«π
Murid menyelesaikan masalah secara dalam kumpulan.
SOALAN: Bagaimanakah
kamu mendapatkan keberkatan malam lailatul Qadar walaupun dalam pelbagai situasi yangI
berikut. Contoh situasi;
a) terlantar sakit
b) haid
c) membantu ibu yang sedang berniaga
d) bermusafir
πPENUTUP: GURU MEMBERI PBD KEPADA MURID π£π£
Boleh buka pautan di bawahπ
πBUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6ππππ
tekan pautan ini untuk terus ke buku teks Pendidikan Islam Tahun 6 atas talian
π DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 ππππ
ππππππππππππππππππππππππππππππ
DISEDIAKAN OLEH: SA'ADATUN NAJDAH BT ABDULLAH
PISMP PEND ISLAM JUN 2019
IPGKPM
Comments
Post a Comment