KEFAHAMAN SURAH AL-IKHLAS TAHUN 4
TAJUK: KEFAHAMAN SURAH AL IKHLAS TAHUN 4 BUKHARI📕💡
💥OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
1) Murid dapat mengetahui pengenalan surah Al-Ikhlas
dengan ringkas.
2) Murid dapat menyebut 2 daripada 4
kepentingan surah Al-Ikhlas dengan betul.
3) Murid dapat mengeluarkan
isi-isi penting dalam surah Al-Ikhlas.
DSKP KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 📋
ini merupakan DSKP KSSR Pendidikan Islam Tahun 4 dibawah tajuk kefahaman surah Al-Ikhlas
💥SET INDUKSI: VIDEO SURAH AL IKHLAS
👉Video sebagai media penyampaian ilmu mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga boleh belajar sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar di samping mereka sepanjang masa dan juga mampu merangsang deria.
💥LANGKAH PERTAMA: SLIDE POWERPOINT
👉Murid memberi tumpuan terhadap tayangan slide kerana mempunyai
gabungan harmoni seperti warna, animasi, muzik dan sebagainya bagi merangsang
tumpuan murid-murid dan mendengar penerangan yang disampaikan oleh
guru untuk
murid mendapat pelbagai maklumat tambahan yang tidak terdapat di dalam slide
💥LANGKAH KEDUA: KAD POTONGAN AYAT⏰
Murid akan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kemudian murid diberikan masa untuk menyusun kembali kad ayat berkenaan di dalam kumpulan.
👉 Merangsang
hafalan murid-murid disamping mempelajari kefahaman surah. Aktiviti ini juga
melatih murid untuk memberi tumpuan terhadap suatu objek dan meningkatkan
kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah.
💥LANGKAH KETIGA: KOTAK BERACUN (KUIZ)👦💭
Beberapa orang murid dipilih untuk
mencabut sampul dan menjawab soalan yang disediakan oleh guru mengenai tajuk yang
dipelajari.
👉 Murid dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain dalam memberi pendapat dan mencurahkan idea yang kreatif. Aktiviti ini juga dapat mengasah kemahiran komunikasi murid secara dua hala dan meningkatkan pemahaman mereka mengenai tajuk pelajaran.
Murid akan diberi peta I-Think dan perlu
diisi dengan lengkap berdasarkan maklumat yang diterima oleh mereka sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
👉 Secara umumnya, peta pemikiran i-THINK bertujuan untuk memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya mencari jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK merupakan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.
DISEDIAKAN OLEH: NUR SYAZRIENA BT ARIFIN
PISMP PENDIDIKAN ISLAM 2 AMBILAN JUN 2019
Comments
Post a Comment