KEFAHAMAN SURAH AL-MAUN TAHUN 5

 💥Bahan pakej lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bidang al-Quran tahun 5

-lengkap dengan set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3, penilaian beserta Bahan Bantu Mengajar (bbm). 


DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 

(ALQURAN KEFAHAMAN SURAH AL-MAUN)





RPH MODEL ASSURE


 Aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah disusun seperti di bawah:




💢SET INDUKSI

-Permainan mystery box

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mendapat sekotak 'mystey box'.

Didalam mystery box tersebut terdapat 4 klue tentang latar belakang surah yang akan dipelajari. Contohnya nombor 7 merupakan klue bahawa surah tersebut mempunyai 7 ayat, simbol mekah menunjukkan bahawa surah ini diturunkan di mekah, icon kartun menolong merupakan tema bagi surah ini iaitu pertolongan. Nombor 107 pula menunjukkan bahawa surah ini merupakan surah yang ke-107 didalam al-Quran.


                                                                             







💢Langkah 1: pengertian surah al-Maun:

- Menonton video animasi

Murid melihat dan mendengar video animasi yang disediakan oleh guru. Murid juga mendengar kepada penerangan dan menjawab soalan guru agar berlaku komunikasi dua hala. Murid juga diminta untuk membaca surah bersama ustazah ketika video dimainkan.

VIDEO YANG DIHASILKAN:


VIDEO DARIPADA YOUTUBE:





💢Langkah 2: Pengajaran Surah al-Maun

-Guru menerangkan tentang pengajaran surah al-Maun dengan menggunakan slide powerpoint. Beberapa orang murid diminta untuk membacakan ayat pada slide-slide tertentu.  






Amalan mulia yang didapati daripada pengajaran surah al-Maun:






💢Langkah 3: Mengaplikasikan pengajaran surah dalam kehidupan seharian.

-Perbincangan kumpulan dengan menggunakan al-Quran terjemahan.

Murid duduk didalam kumpulan yang telah dibahagikan pada awal kelas. Setiap kumpulan mendapat al-Quran terjemahan dan mereka diminta untuk membuka surah al-Maun. Berdasarkan perbincangan kumpulan tersebut, setiap wakil kumpulan perlu kehadapan dan berkongsi jawapan dengan menulis di papan putih. Di akhir pembelajaran, ustazah menambah dan merumuskan cara untuk mengaplikasikan pengajaran surah al-Maun dalam kehidupan seharian dan menulis di papan putih. Murid menyalin jawapan didalam buku latihan.
  


💢Penutup


-Menilai kefahaman murid dengan soalan kuiz. Setiap ketua kumpulan mengambil sampul surat yang berisi soalan. Setiap murid perlu berbincang jawapan secara berkumpulan dan menulis jawapan di dalam kertas soalan. Kertas soalan disimpan semula dalam sampul surat dan guru akan menyemak dan menilai semula tahap kefahaman murid.
 


Antara contoh soalan dalam sampul surat:




Latihan pengukuhan:

Antara contoh latihan pengukuhan yang lain; 
1) Aktiviti wordwall

https://wordwall.net/resource/2042060/quiz-surah-al-maun

https://wordwall.net/ms/resource/1596296/kefahaman-surah-al-maun
2) Aktiviti quizizz

https://quizizz.com/admin/quiz/5cc255ac60f06f001ab91ec6/kuiz-surah-al-maun-tahun-5

https://quizizz.com/admin/quiz/5cd360758ded20001b44242f/tahun-5-surah-al-maun




DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH BINTI MAHD RAWE

Comments

Popular Posts