KEFAHAMAN SURAH AL-MAUN TAHUN 5
๐ฅBahan pakej lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bidang al-Quran tahun 5 -lengkap dengan set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3, penilaian beserta Bahan Bantu Mengajar (bbm). DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 (ALQURAN KEFAHAMAN SURAH AL-MAUN) RPH MODEL ASSURE Aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah disusun seperti di bawah: ๐ขSET INDUKSI -Permainan mystery box Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mendapat sekotak 'mystey box'. Didalam mystery box tersebut terdapat 4 klue tentang latar belakang surah yang akan dipelajari. Contohnya nombor 7 merupakan klue bahawa surah tersebut mempunyai 7 ayat, simbol mekah menunjukkan bahawa surah ini diturunkan di mekah, icon kartun menolong merupakan tema bagi surah ini iaitu pertolongan. Nombor 107 pula menunjukkan bahawa surah ini merupakan surah yang ke-107 didalam al-Quran. ...